Thursday, April 14, 2011

WTH(what the ****)

wahahahahahat the hell(!)

NAk Jadi Ceritanyee,Kat Sekolah Tadi.Tetiba Cikgu Suruh Rombak Tempat Duduk Dalam Kelas.
(-,-')
Mule² ingat nak rombak tempat duduk sebab geng² aku bermasalah,rupenyeeeee...sebab lain...SEBAB ape?sebab??sebab ape ENTAH(!),please cikgu oh cikgu,kasianlah kami ini.T_T.
Yang aku palatnye.budak lain mmg banyak support cikgu  punye CADANGAN tuh,Nah Kaw,><
WADAHEL(!).
Ape jahat TEROK sangat ke LELAKI zaman sekarang.(=,=').aku pikir tak lah sangat,sebab kalo terok.banyak perempuan kat kelas uhh dah kena ________________(!).~~tapi,emmm.korunk mcm halau² ingat kelas tu kelas ANDA SORANG(!),errrr,matih².nak sume perempuan gi pindah sekolah CONVENT or RPK(!),Senang²,TIME susah baru merangkak nak cari orang lelaki.hahaha.LOL!
errrrr,lantak korunk lah.DUNIA nih sangat PELIK,aku tak paham PERKARA² PELIK KAT DUNIA NIH!~~

*INI LUAHAN HATI SEORANG 'PROPAGANDIS'*
LOL

5 lukisan termahal didunia.

kepada PENCINTA SENI ITU,mari lihat lukisan² yang awesome ini.hehehe,SENI-SENI-SENI.:)

1. No. 5, 1948 by Jackson Pollock

Ini adalah lukisan minyak beralaskan permukaan fiber. Berukuran 8'x4', lukisan ini asalnya adalah milik Samuel Irving Newhouse dan ianya pernah dipamerkan di Museum of Modern Art sebelum dijual pada harga USD 140 juta!! Setelah dilaras dengan inflasi, harga lukisan ini ialah USD 151.8 juta!! Jualan lukisan ini adalah pada 2006 melalui agensi jualan dan lelongan mewah, Sotheby's. Jualan ini adalah bersifat privasi dan peribadi sehinggakan tidak diketahui siapakah pemiliknya sampai sekarang ni.  

2. Woman III by Willem de Kooning



Ni lukisan kedua termahal di dunia. Dijual pada November 2006 oleh David Geffen 
(salah seorang pengasas DreamWorks SKG) kepada Steven A. Cohen pada harga USD 137.5 juta!! Asalnya lukisan ni dimiliki Tehran Museum of Contemporary sehinggalah tahun 1994. Tapi sebenarnya lukisan ni tak pernah dipamerkan kepada umum sejak tahun 1974 atas syarat-syarat ketat pihak kerajaan berhubung visual art. Tapi Geffen mempunyai idea bagaimana untuk memiliki lukisan ini. Beliau telah membuat pertukaran (trade) antara lukisan ni dengan manuskrip Parsi kurun ke-16, Tahmasbi Shahnameh. Manuskrip ni adalah national epic untuk kerajaan agung Parsi dulu kala. Iran sekarang dok kat area Parsi dulu.

3. Portrait of Adele Bloch-Bauer I by Gustav Klimt
Mahalnya kanvas ni adalah kerana ianya dibuat daripada minyak, perak dan emas. Menuntut masa 3 tahun untuk menyiapkan lukisan bersaiz 138cm x 138 cm ini. Asalnya lukisan ini dibuat sebagai komisen kepada Ferdinand Bloch-Bauer iaitu suami kepada model dalam lukisan ni. Kemudian ketika Perang Dunia Ke-2, Ferdinand yang tinggal di Austria telah melarikan diri dan meninggalkan lukisan ini di rumah beliau. Adele pon dah mati waktu ni. Akhirnya lukisan ni diserahkan haknya kepada anak saudara pemilik ini bersama 4 lagi lukisan yang dilukis oleh Klimt. Bila lukisan ini dihantar ke Amerika Syarikat
dan dipamerkan di LA, pada waktu itulah 


4.Portrait of Dr. Gachet by Vincent van Gogh

Dr. Paul Gachet ni adalah physician yang menjaga pelukis agung ni di bulan-bulan terakhir beliau. Lukisan ini dijual dengan harga USD 82.5 juta pada tahun 1990, menjadikannya lukisa termahal pada masa tu. Lukisan ni dah banyak kali bertukar tangan. Menurut rekod, portrait ni asalnya dijual pada tahun 1897 oleh kakak ipar pelukis pada harga hanya 300 francs. Sampai sekarang, tiada siapa tahu siapa yang memiliki lukisan ini kerana pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan Jepun telah meninggal pada tahun 1996 dan dikhabarkan beliau mahu lukisan tu berkubur bersama beliau. Tapi of course la permintaan tu tak dapat ditunaikan. Bayangkanlah, takkan la orang akan benarkan duit sejumlah USD 82.5 juta ditanam macam tu je..

5. Bal du moulin de la Galette by Pierre-Auguste Renoir

Lukisan ni ada 2 versi: yang kecil (78x114cm) yang ada di atas ni juga dibeli oleh ahli perniagaan Jepun yang sama yang beli lukisan van Gogh pada tahun 1990 di atas tu. Harga jualan adalah USD 78 juta dan dilelong oleh Sotheby's di New York. Sama seperti lukisan van Gogh, tak siapa tau sapa pemilik lukisan ini sekarang. Menurut laporan, seorang pengumpul 
berbangsa Swiss mungkin memiliki lukisan ini sekarang. 






*FROM : RUANG*

Tuesday, April 12, 2011

'Demam HKLBR 'di merata tempat.LOL

Seperti Sedia maklum,walaupun filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH sudah lama tamat tempoh tayang dipanggung wayang,namun setiap skrip dalam filem itu masih dibibir peminat fanatik filem HKLBR.ini semua disebabkan oleh watak USUP WILCHA atau dikenali dahulu sebagai Shy8(Syed).
http://www.facebook.com/ShyEight8

macam² lagi lah,dengan kat FACEBOOK buat page pasal skrip HKLBR lah.Contoh 'Cer citew²','Kita Bako Je,Kita Bakoo!','Kite datang nak bakor bukan poco²' dan banyak lagi.nak cerita mmg tak habis.kira hampir setiap skrip dalam HKLBR ade dibuat page kat FACEBOOK.LOL,ape masalah permasalahan ini?fenomena apekah ini?hebat²,filem yang hebat hasil pengarah yang hebat,pelakon yang hebat,segala yang hebat(PROMOTE).:P

JOM KITA BAKOR FACEBOOK (!),
KITA GUNA USOPBOOK.;P
hanya edit.



Tuesday, April 5, 2011

'Berdehem' Selepas Membuang Air Kecil


'Berdehem' (التنحنح بعد البول) selepas buang air kecil menurut Syeikh Ibn Taimiyah rh. bukanlah wajib dan tidak juga mustahab menurut Imam-Imam Muslimin (Majmu’ al-Fataawa, 13/106).
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kalangan ulama Syafie mengatakan bahawa digalakkan berdehem berserta beberapa amalan lain. Menurut Imam Nawawi rh didalam Majmu’ Sharh Muhazzab :-
“mengenai beberapa ulama’ dikalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa) : sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja’, mengurut Zakar sambil berdehem”.
Imam al-Nawawi rh mempunyai pilihan menarik yang boleh dinukilkan menurut perkataan saya :-
“Perkara ini diperselisihkan oleh pelbagai manusia. Matlamatnya ialah memastikan air kencing keluar dan ia menghilangkan kekhuatiran akan tertinggal saki-bakinya. Maka caranya berbeza menurut setiap individu. Ada yang perlu melakukan beberapa kali, ada yang berdehem, dan juga berjalan sambil melangkah, dan ada juga yang hanya perlu bersabar sekejap sahaja dan ada yang tidak perlu melakukan apa-apa. Yang paling penting, mereka ini tidak terkena was-was.”
Kesimpulannya, berdehem merupakan salah kaedah yang diperkenalkan oleh ulama’ bagi mengeluarkan saki-baki kencing yang tertinggal walaupun tidak didatangi oleh nas yang sahih. Ikutlah kesesuaian masing2 untuk membersihkan saki-baki air kencing. WA.
Sekian, wassalam

Tengs For The Coment..;D