kepada PENCINTA SENI ITU,mari lihat lukisan² yang awesome ini.hehehe,SENI-SENI-SENI.:)
1. No. 5, 1948 by Jackson Pollock
|
Ini adalah lukisan minyak beralaskan permukaan fiber. Berukuran 8'x4', lukisan ini asalnya adalah milik Samuel Irving Newhouse dan ianya pernah dipamerkan di Museum of Modern Art sebelum dijual pada harga USD 140 juta!! Setelah dilaras dengan inflasi, harga lukisan ini ialah USD 151.8 juta!! Jualan lukisan ini adalah pada 2006 melalui agensi jualan dan lelongan mewah, Sotheby's. Jualan ini adalah bersifat privasi dan peribadi sehinggakan tidak diketahui siapakah pemiliknya sampai sekarang ni.
2. Woman III by Willem de Kooning
|
|
Ni lukisan kedua termahal di dunia. Dijual pada November 2006 oleh David Geffen
(salah seorang pengasas DreamWorks SKG) kepada Steven A. Cohen pada harga USD 137.5 juta!! Asalnya lukisan ni dimiliki Tehran Museum of Contemporary sehinggalah tahun 1994. Tapi sebenarnya lukisan ni tak pernah dipamerkan kepada umum sejak tahun 1974 atas syarat-syarat ketat pihak kerajaan berhubung visual art. Tapi Geffen mempunyai idea bagaimana untuk memiliki lukisan ini. Beliau telah membuat pertukaran (trade) antara lukisan ni dengan manuskrip Parsi kurun ke-16, Tahmasbi Shahnameh. Manuskrip ni adalah national epic untuk kerajaan agung Parsi dulu kala. Iran sekarang dok kat area Parsi dulu.
3. Portrait of Adele Bloch-Bauer I by Gustav Klimt
|
|
Mahalnya kanvas ni adalah kerana ianya dibuat daripada minyak, perak dan emas. Menuntut masa 3 tahun untuk menyiapkan lukisan bersaiz 138cm x 138 cm ini. Asalnya lukisan ini dibuat sebagai komisen kepada Ferdinand Bloch-Bauer iaitu suami kepada model dalam lukisan ni. Kemudian ketika Perang Dunia Ke-2, Ferdinand yang tinggal di Austria telah melarikan diri dan meninggalkan lukisan ini di rumah beliau. Adele pon dah mati waktu ni. Akhirnya lukisan ni diserahkan haknya kepada anak saudara pemilik ini bersama 4 lagi lukisan yang dilukis oleh Klimt. Bila lukisan ini dihantar ke Amerika Syarikat
dan dipamerkan di LA, pada waktu itulah
4.Portrait of Dr. Gachet by Vincent van Gogh |
|
Dr. Paul Gachet ni adalah physician yang menjaga pelukis agung ni di bulan-bulan terakhir beliau. Lukisan ini dijual dengan harga USD 82.5 juta pada tahun 1990, menjadikannya lukisa termahal pada masa tu. Lukisan ni dah banyak kali bertukar tangan. Menurut rekod, portrait ni asalnya dijual pada tahun 1897 oleh kakak ipar pelukis pada harga hanya 300 francs. Sampai sekarang, tiada siapa tahu siapa yang memiliki lukisan ini kerana pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan Jepun telah meninggal pada tahun 1996 dan dikhabarkan beliau mahu lukisan tu berkubur bersama beliau. Tapi of course la permintaan tu tak dapat ditunaikan. Bayangkanlah, takkan la orang akan benarkan duit sejumlah USD 82.5 juta ditanam macam tu je..
5. Bal du moulin de la Galette by Pierre-Auguste Renoir |
|
Lukisan ni ada 2 versi: yang kecil (78x114cm) yang ada di atas ni juga dibeli oleh ahli perniagaan Jepun yang sama yang beli lukisan van Gogh pada tahun 1990 di atas tu. Harga jualan adalah USD 78 juta dan dilelong oleh Sotheby's di New York. Sama seperti lukisan van Gogh, tak siapa tau sapa pemilik lukisan ini sekarang. Menurut laporan, seorang pengumpul
berbangsa Swiss mungkin memiliki lukisan ini sekarang.
|