Friday, November 26, 2010

KENAPA BERMATA SATU??

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.


Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?" 


Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua." 


Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"


Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!" 


Penemuduga: "Mata kamu pula?" 


Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata 
saya."


Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"


Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu."

Tengs For The Coment..;D