Sunday, December 19, 2010

Manusia Lupa?

MANUSIA LUPA??Tanda-tanda MANUSIA SUDAH LUPA,CEPAT LUPA,,,??BahKAN KEPADA PENCIPTANYA JUga.Mari KIta Lihat Tanda-tanda itu><

Mungkin 7 perkara ini yang menyebabkan suara hati kita ‘buta’ dan ‘lupa’.
  1. PRASANGKA - Buruk sangka @ baik sangka? Rasanya ramai yang antara kita yang terpilih jalan buruk sangka. Padahal Nabi Muhammad SAW memberi pesan untuk sentiasa berbaik sangka. Kita kena sedar, berburuk sangka hanya akan jadikan kita buta untuk lihat sisi yang positif @ benar pada sesuatu perkara @ individu.Cara atasi - Kita kena ubah perangai, cuba untuk berbaik sangka.
  2. PRINSIP HIDUP – Hidup memang perlu ada prinsip yakni pegangan, tapi prinsip hidup menjadikan kita pelbagai ragam dan watak. Ada yang berpewatakan menarik, baik hati, baik didepan tapi busuk hati kat belakang, ada juga yang jadi manusia tidak berhati perut. Kononnya, semua disandar atas prinsip diri. Cara atasi – Berprinsiplah kepada Allah, insyaAllah selamat dunia akhirat.
  3. PENGALAMAN – Ramai yang berkata “Guru paling hebat ialah pengalaman”. Kenapa agaknya? Sebab pengalaman lampau kita akan membentuk karektor dan sikap kita. Kalau pengalaman negatif sentiasa ada dalam minda kita, tak mustahil kita menjadi orang yang takut mencuba, bersikap pasif dan terbelenggu. Cara atasi - Cuba lupakan pengalaman negatif dan fikirkan yang positif, yang penting kita kena bebaskan diri dari pengalaman buruk.
  4. KEPENTINGAN – Kita selalu dengar perkataan kronisma, ‘kabel besar’, orang atas, dan macam-macam gambaran. Pastinya, ia menuju pada mementingkan puak sendiri, kepentingan peribadi/kumpulan/keluarga/politik dan sebagainya. Dalam hati terdetik “nasib orang lain, ada aku kesah?”. Cara atasi – Dengarlah suara hati yang satu lagi, walaupun sekelumit. Berpeganglah pada prinsip “kerana Allah” dan berfikir secara berlingkar (fikir orang lain juga) sebelum kita beri keputusan.
  5. SUDUT PANDANGAN – Kita agaknya biasa buat keputusan dan berfikir secara ‘one-man-show’. Almaklumlah, otai..hehe. Akhirnya, kadang-kadang, kesannya diluar jangkaan kita. Cara atasi - Hakikatnya, kita ada banyak pandangan dan pemikiran, kemudian kita tentukan keputusannya dengan lebih bijaksana dan kolektif serta menyeluruh.
  6. PEMBANDING – Ini memang kerja orang kita. Contoh, duduk kedai mamak sembang hal semasa. Contohnya siapa fitnah siapa, siapa tak basuh buntut siapa, siapa melompat sini sana, siapa bagi duit, siapa keluar akademi fantasi dan macam-macam berita. Semuanya sibuk berdebat dan huha huha..menegakkan pendapat sendiri, tapi tiada kata putus. yang untung tokey kedai juga Cara atasi – Kita jernihkan fikiran dulu, fikir masak-masak sebelum menilai, jangan main buat andaian hanya berdasarkan mainan fantasi fikiran kita.  Kita kena macam ni “ada mata pandang, aku telinga dengar, ada akal pakai”.
  7. FANATISME – Sikap fanatik yang melampau sungguh bahaya. Kita akan rasa semua yang kita fikir, kita buat, semuanya betul. Orang lain, semua salah lagi tak betul atau lebih teruk. Cakaplah apa saja, mesti tak makan saman punya. Ibarat “mencurah didaun keladi” atau “masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Cara atasi – Cerahkan minda dan hati, jangan kita asyik fikir kita saja yang betul dan benar serta hebat. Ada lagi yang lebih berkuasa dan mengetahui. Berfikirlah dengan bijak dan telus.
Adakah Anda Memiliki Antara Tanda-tanda DiAtas?
Jika ya,Anda Adalah MANUSIA yang LUPA dan LEKA.
Renung-renungkan dan Selamat Beramal.=D

Ape pown Mari Kita layan Lagu Lama Nih..

AKBAR-MANUSIA LUPA

Tengs For The Coment..;D